Dasar Privasi
1. Siapa kami
RekreasiPro ialah perniagaan berdaftar di Malaysia; butiran pendaftaran (SSM) dan alamat dipaparkan pada invois. Bagi data peserta kejohanan, penganjur ialah pengawal data dan kami bertindak sebagai pemproses teknikal.
2. Data yang kami kumpul
| Kategori | Contoh | Tujuan |
|---|---|---|
| Maklumat akaun demo | Nama, organisasi, e-mel, no. WhatsApp | Membuka akaun demo & menghubungi anda |
| Maklumat bil | Nama organisasi, alamat, e-mel invois | Invois, resit dan cukai |
| Data kejohanan | Nama peserta, No. murid/ahli, rumah/pasukan, keputusan | Dikendalikan oleh penganjur dalam Google Sheet mereka |
| Log teknikan | Masa akses, ralat sistem | Keselamatan dan pembaikan |
Kami tidak mengumpul data sensitif (kesihatan, agama, jenayah) dan tidak meminta kata laluan Google anda.
3. Asas pemprosesan
- Persetujuan — apabila anda menyerahkan borang demo atau menghubungi kami.
- Pelaksanaan kontrak — untuk menyediakan akaun berbayar dan sokongan.
- Kewajipan undang-undang — rekod invois dan cukai.
4. Pendedahan kepada pihak ketiga
- Google LLC — penyimpanan data (Google Sheets/Drive) dan pelaksanaan skrip; tertakluk kepada terma Google.
- Pembekal e-mel/telekomunikasi — penghantaran pautan akaun dan resit.
- Kami tidak menjual data peribadi kepada mana-mana pihak.
5. Pemindahan rentas sempadan
Data boleh disimpan di pusat data Google di luar Malaysia. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan pemindahan ini tertakluk kepada jaminan perlindungan yang disediakan oleh pembekal berkenaan (seksyen 129 PDPA).
6. Tempoh penyimpanan
- Maklumat akaun demo: sehingga 12 bulan selepas akaun tidak aktif.
- Rekod invois: 7 tahun (keperluan cukai).
- Data kejohanan: disimpan dalam Google Sheet akaun RekreasiPro; penganjur boleh mengeksport bila-bila masa, dan data dipadam atas permintaan selepas tempoh aktif tamat.
7. Hak anda
Di bawah PDPA, anda berhak: mendapat akses kepada data peribadi anda, membetulkannya, menarik balik persetujuan, dan membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Hubungi rekreasipro@gmail.com atau WhatsApp 018-408 4268.
8. Keselamatan
- Akses panel dilindungi PIN pentadbir; sesi boleh ditamatkan oleh penganjur.
- Data kejohanan disimpan dalam Google Sheets (akaun RekreasiPro) dan hanya boleh diakses oleh penganjur yang diberi kebenaran serta pentadbir RekreasiPro yang menyelenggara sistem.
- Penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun Google, peranti dan kata laluan.
9. Kuki, analitik dan pengiklanan
Laman ini menggunakan kuki analitik (Google Analytics 4) untuk mengira lawatan dan klik butang WhatsApp. Data analitik adalah agregat dan tidak mengenal pasti individu.
Jika kami menjalankan kempen pengiklanan di Instagram/Facebook, Meta Pixel akan digunakan untuk mengukur keberkesanan iklan. Apabila itu berlaku, dasar ini akan dikemas kini dan notis kuki akan dipaparkan di laman.
Anda boleh menolak kuki analitik melalui tetapan pelayar atau Google Analytics Opt-out; laman tetap berfungsi sepenuhnya.
10. Data murid bawah 18 tahun
Bagi kejohanan sekolah, sekolah ialah pengawal data bagi data murid. Sekolah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga danmemberikan notis privasi kepada mereka. RekreasiPro hanya memproses data tersebut untuk menjalankan kejohanan (pendaftaran, jadual, keputusan, kehadiran) dan tidak menggunakannya untuk tujuan lain.
11. Perubahan dasar
Sebarang perubahan akan disiarkan di halaman ini dengan tarikh berkuat kuasa baharu.