Terma Perkhidmatan
1. Definisi
- “Perkhidmatan” — sistem pengurusan kejohanan sukan RekreasiPro termasuk portal pendaftaran, panel pentadbir, undian, bracket, skor dan laporan.
- “Penganjur” — organisasi atau individu yang membeli pakej dan menggunakan Perkhidmatan.
- “Akaun” — ruang kerja dalam Google Sheets yang disediakan dan disimpan oleh RekreasiPro bagi pihak Penganjur.
- “Pakej” — Kecil, Penganjur, Sekolah atau Korporat sebagaimana diterangkan di laman utama.
2. Akaun dan tempoh aktif
| Pakej | Tempoh aktif | Pembaharuan (pilihan) |
|---|---|---|
| Kecil | 30 hari | RM79 / acara (beli semula) |
| Penganjur | 12 bulan | RM99 / tahun |
| Sekolah | 12 bulan | RM99 / tahun |
| Korporat | 12 bulan | RM99 / tahun |
Selepas tempoh aktif tamat tanpa pembaharuan, pautan panel dan portal ditutup. Pembaharuan: RM79/acara untuk pakej Kecil, RM99/tahun untuk Penganjur, Sekolah dan Korporat. Data kekal dalam Google Sheet dan boleh dieksport atau diminta dipadam.
3. Akaun demo
Akaun demo percuma diberi selama 7 hari dengan had 1 acara dan 100 peserta. Satu demo bagi setiap e-mel dan nombor WhatsApp dalam tempoh 30 hari; permohonan berulang daripada e-mel yang sama disekat selepas 3 cubaan dalam 24 jam. Kami menyimpan rekod permohonan (e-mel, nombor telefon, tarikh, status) untuk mengawal penyalahgunaan dan memaklumkannya kepada pemilik perkhidmatan.
3. Had pakej
Had acara, peserta dan kategori bagi setiap pakej dinyatakan di laman utama dan pada invois. Had ini berasaskan kapasiti praktikal Google Sheets dan akan dinyatakan semula jika diubah.
4. Pemilikan dan tanggungjawab data
- Sheet data disediakan dan disimpan dalam akaun Google RekreasiPro. Penganjur boleh mengeksport data melalui panel bila-bila masa; akses paparan terus ke Sheet boleh diminta melalui sokongan. Penganjur ialah pengawal data bagi data peserta; RekreasiPro ialah pemproses dan penyimpan data serta boleh mengakses data untuk penyelenggaraan dan sokongan.
- Kami menyimpan data hanya untuk menjalankan Perkhidmatan, tidak menggunakannya untuk tujuan lain, dan memadamkannya apabila diminta selepas tempoh aktif tamat.
- Penganjur bertanggungjawab mendapatkan persetujuan peserta, mengeluarkan notis privasi dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
- Penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan PIN pentadbir dan akses peranti, serta mendapatkan persetujuan peserta (bagi murid bawah 18 tahun, melalui ibu bapa/penjaga atau sekolah).
5. Penggunaan yang dibenarkan
- Untuk pengurusan kejohanan sukan organisasi Penganjur sahaja.
- Tidak boleh digunakan untuk mengumpul data untuk tujuan lain, menjual data, atau menyalahi undang-undang Malaysia.
- Dilarang cuba mengakses akaun penganjur lain atau mengganggu perkhidmatan.
6. Bayaran, invois dan pembatalan
Bayaran dibuat melalui invois rasmi (DuitNow QR atau pindahan bank). Butiran bayaran, resit dan dasar bayaran balik dijelaskan dalam Dasar Bayaran Balik.
7. Sokongan
Sokongan WhatsApp: Isnin–Jumaat 9 pagi – 6 petang; hari acara 7 pagi – 6 petang. Pakej Korporat termasuk sokongan hari acara; pakej lain boleh menambah pada RM300 sehari.
8. Had liabiliti
Perkhidmatan disediakan “sebagaimana adanya”. Kami tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan sepenuhnya kerana ia bergantung pada infrastruktur pihak ketiga (Google). Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang dibayar untuk pakej berkenaan dalam 12 bulan terakhir.
9. Penamatan
Penganjur boleh berhenti menggunakan Perkhidmatan pada bila-bila masa; data kekal dalam Google Sheet mereka. Kami boleh menamatkan akses jika berlaku penyalahgunaan atau pelanggaran terma ini.
10. Undang-undang yang terpakai
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.